Syarikat ini telah ditubuhkan pada 9 Disember 1992. Nama syarikat Usaha Seribu
Sdn. Bhd. mencerminkan kesungguhan dan keunggulan jati diri, selaras dengan imej dan polisi yang dibawa oleh syarikat ini.
Dengan bersumberkan kepakaran kerja di dalam bidang kejuruteraan awam, syarikat ini telah dilesenkan untuk kerja-kerja sivil dan kejuruteraan dengan PUKONSA Kelas ‘A’ bertaraf Bumiputera dan SPKK / CIDB G6.
Dengan modal berbayar sebanyak RM 750,000.00 dan barisan pembekal dengan kadar kredit yang optimum, ini menjadi tonggak kepada kadar aliran tunai yang tinggi serta kelancaran kerja fizikal yang memberangsangkan.
Syarikat ini mengetengahkan barisan pengurusan kerja yang lengkap daripada segi tahap pendidikan mahupun pengalaman untuk mengemudi dan menyiapkan projek yang diamanahkan secara teratur dan sempurna di dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Melalui teknik pengurusan projek yang efektif dan praktikal, penggunaan perisian komputer dan teknologi maklumat menjadikan tahap perlaksanaan projek yang unggul, menjamin hak dan kepentingan klien daripada segi kos dan tempoh masa projek.